Laman Utama

Mengenai Green Kale

Adakah sebarang racun perosak atau baja kimia digunakan?
Tiada racun perosak atau baja kimia yang digunakan. Petani kontrak kami di Semenanjung Kunisaki di Wilayah Oita meluangkan masa dan usaha untuk penanaman, termasuk menghapuskan tumbuhan perosak dengan tangan.
Bolehkah saya mengambilnya dengan menggunakan air suam?
Tidak digalakkan. Serbuk boleh bergumpal dalam air suam, yang menjadikannya lebih sukar untuk diminum. Cuba gunakan air suam pada suhu yang lebih rendah. Kami telah mengesahkan bahawa nutrien yang disenaraikan pada label tidak berkurang dalam air pada suhu 80°C apabila diukur selepas 30 minit. Ia boleh dinikmati dengan susu juga.
Bolehkah saya minum lebih daripada pengambilan yang dicadangkan?
Ia boleh diminum lebih daripada pengambilan yang dicadangkan. Walau bagaimanapun, serat makanan larut air dalam produk tersebut boleh menyebabkan najis lembut. Kuantiti pengambilan haruslah ditingkatkan secara beransur-ansur.
Bolehkah saya menyediakan terlebih dahulu?
Ia tidak digalakkan kerana tiada pengawet digunakan. Sila minum secepat mungkin selepas ia disediakan. Kualiti serbuk kekal stabil jika tidak dibuka. Setelah dilarutkan di dalam air, perisa mungkin hilang, dan kualiti mungkin berubah bergantung pada keadaan penyimpanan.
Bolehkah kanak-kanak dan wanita hamil mengambil Green Kale?
Boleh. Green Kale kami adalah semulajadi, ia lagi selamat daripada meminum jus sayuran. Bagi kanak-kanak, kami mencadangkan untuk mengambil separuh sachet atau 1 sachet setiap hari.
Anak saya tidak suka rasa sayur-sayuran. Bolehkah Green Kale bercampur dengan minuman lain untuk diminum?
Boleh. Green Kale boleh bercampur dengan minuman lain mengikut kesukaan anak anda. Kami akan mengesyorkan campuran dengan jus kegemaran, susu atau susu soya, rasanya sedap. Tuangkan serbuk Green Kale ke dalam minuman kegemaran anda, kacau dan boleh diminum.
Apakah itu Aojiru?
Aojiru pada asalnya merujuk kepada jus yang diperbuat daripada sayur-sayuran hijau. Kami menggunakan ekstrak kering dari kale. Ramuan and proses pengilangan bervariasi di kalangan pengeluar.
Apakah pengambilan yang dicadangkan untuk dewasa?
Dewasa boleh mengambil 1 hingga 2 sachet setiap hari, untuk mendapati nutrien sayur-sayuran berdaun hijau.
Apakah pengambilan yang dicadangkan untuk kanak-kanak?
Kanak-kanak yang berumur 1 hingga 6 tahun boleh mengambil setengah sachet setiap hari; 6 hingga 12 tahun pula boleh mengambil 1 sachet setiap hari untuk mendapati nutrien sayur-sayuran berdaun hijau.
Bilakah Green Kale patut diambil?
Tiada masa yang ditetapkan. Ia boleh diambil pada bila-bila masa.
Mengapakah warna dan rasa berbeza-beza kadang-kadang?
Green Kale adalah diproses daripada Kale yang semula jadi, tanpa tambahan pengawet, pewarna dan perasa buatan . Oleh yang demikian, variasi warna dan rasa tidak dapat dielakkan bagi serbuk ekstrak yang dihasilkan daripada produk ini.


Langgan sekarang!

Dapatkan resipi, tawaran dan pelbagai lagi terkini dari Abeille d'Or!